"Kebenaran akan terbukti": Atlet renang sirip, jurulatih kerjasama dalam siasatan polis berkait penyerahan keputusan palsu
Tiga atlet renang sirip dan jurulatih mereka berkata pada Khamis (20 Mac) bahawa mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis.
Anggaran Waktu Membaca:

Para atlet renang sirip di Sukan SEA 2023. (Gambar: Facebook/SNOC)
SINGAPURA: Tiga atlet renang sirip dan jurulatih mereka berkata pada Khamis (20 Mac) bahawa mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis. Mereka juga percaya bahawa “kebenaran akan terbukti”.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas didedahkan bahawa keputusan palsu diserahkan sebagai sebahagian daripada proses pemilihan Sukan Asia Tenggara (SEA) 2023.
“Oleh kerana perkara ini sedang disiasat Pasukan Polis Singapura (SPF) sekarang, kami memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan percaya bahawa proses ini akan dijalankan dengan teliti dan adil,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
“Kami komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan ini dan menghormati integritinya.”
Kenyataan itu ditandatangani tiga daripada empat atlet yang terlibat dalam acara renang sirip berganti-ganti di permukaan air (surface relay finswimming) 4x200m wanita di Sukan SEA 2023 - Vanessa Ong, Bernice Ting dan Jamie Ang - serta dua orang kakitangan jurulatih ketika itu - pengurus pasukan Faiz Suhaimi dan penolong jurulatih Gary Lee.
Pada Rabu, Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) mendedahkan bahawa Persekutuan Sukan Selam Singapura (SUF) telah mengemukakan keputusan palsu bagi proses pemilihan acara tersebut. Laporan polis berkait perkara berkenaan telah dibuat.
Seorang lagi perenang, Jovita Ho, dan bapanya, Desmond Ho, yang merupakan bekas naib presiden SUF, tidak terlibat dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Apabila dihubungi Mediacorp, Encik Ho dan Cik Jovita berkata kenyataan bersama tidak diberikan kerana terdapat perpecahan dalam komuniti renang sirip selepas Sukan SEA 2023. Dua jurulatih lain telah menubuhkan akademi masing-masing, manakala Encik Ho juga memulakan akademinya sendiri.
Encik Ho turut mengatakan bahawa sejak jawatankuasa siasatan ditubuhkan pada Julai lalu bagi menyiasat dakwaan tersebut, dia telah cuba menghubungi para jurulatih lain, namun tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka.
PERENANG DAKWA TIDAK TAHU TENTANG PEMALSUAN
Cik Jovita memberitahu Mediacorp sebagai seorang atlet, dia hanya memberi tumpuan kepada latihan dan bukan terhadap apa yang disifatkannya sebagai “masalah komunikasi” dalam SUF.
“Empat gadis yang disebutkan merupakan mangsa,” katanya. “Kami mewakili negara, dan kami telah menjalankan tanggungjawab kami.”
Dia berkata bahawa dirinya tidak mengetahui tentang sebarang siasatan polis sehingga berita itu tersebar. Cik Jovita menambah bahawa dia telah ditemu bual oleh SNOC pada Ogos tahun lalu, tetapi tidak diberitahu apa-apa sehingga Rabu.
“Saya ingatkan kes itu sudah ditutup,” kata Cik Jovita.
Pada Rabu malam, SNOC dan SportSG menjelaskan bahawa para atlet yang terlibat tidak bertanding dalam acara yang melibatkan keputusan palsu tersebut.
Cik Jovita dan bapanya berkata keputusan yang dipalsukan itu adalah daripada satu pertandingan di Malaysia yang diserahkan kepada SNOC. Dia dan perenang lain ketika itu berada di Singapura bagi pertandingan lain, dan tidak menghadiri pertemuan tersebut.
Menurut Cik Jovita, dia dipilih selepas melalui proses rayuan, dan tidak mempersoalkan bagaimana dirinya layak ke Sukan SEA.
“Apa yang diberitahu kepada kami oleh jurulatih Gary hanyalah (bahawa) empat perenang terpantas akan layak untuk acara berganti-ganti,” katanya.
Bapa Jovita berkata penyerahan keputusan dikendalikan pihak pengurusan, dan para atlet tidak tahu menahu tentang proses itu.
Encik Ho menambah bahawa dia tidak bertanggungjawab untuk memasukkan catatan masa, dan tugas tersebut merupakan tanggungjawab pengurus pasukan, Faiz.
Encik Lim Yao Xiang, rakan sepasukan acara renang sirip yang tidak menyertai Sukan SEA 2023, berkata Singapura telah lama tidak bertanding dalam sukan tersebut, dan hanya mula bersaing semula pada 2021.
Itu menyebabkan kurangnya kejelasan bagi para atlet mengenai penanda kelayakan bagi temasya utama, katanya, sambil menekankan bahawa dalam setiap sukan, mereka yang tidak mencapai tahap kelayakan masih boleh dipertimbangkan.
Namun, dia mengatakan pihak pengurusan perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam organisasi mereka.
“Bagaimana seseorang boleh menjadi pemimpin atau memegang jawatan tinggi tetapi langsung tidak bertanggungjawab?” soalnya.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.