Kasut Michael Jordan dijual pada harga rekod AS$615,000
Sepasang kasut sukan yang pernah dipakai oleh bekas bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan dijual pada harga AS$615,000 (S$844,000) dalam satu acara kelolaan rumah lelong terkemuka, Christie's.
Kasut Michael Jordan. (Gambar: Timothy A Clary/AFP)
NEW YORK: Sepasang kasut sukan yang pernah dipakai oleh bekas bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan dijual pada harga AS$615,000 (S$844,000) dalam satu acara kelolaan rumah lelong terkemuka, Christie's.
Harga itu sekaligus mencatat rekod baru hanya beberapa bulan selepas sepasang kasut lain milik legenda itu terjual.
Kasut yang baru sahaja dijual merupakan jenis 'Air Jordan 1 Highs' - dipakai Jordan ketika satu perlawanan pertunjukan di Itali pada 1985. Semasa perlawanan itu,Jordan merejam bola begitu kuat sehingga papan pantul kaca pecah.
"Ini adalah kasut asli, dengan serpihan papan pantul pada pada tapak kasut," kata Caitlin Donovan, ketua jualan kasut sukan dan beg Christie's.
Jordan merangkul sehingga 30 mata ketika memakai kasut bersaiz 13.5 berwarna hitam dan merah itu.
Meski penjualan kasut 'Air Jordan 1 Highs' memecah rekod AS$560,000 (S$769,000) pada Mei lalu, ia terjual di bawah anggaran rumah lelong antara AS$650,000 dengan AS$850,000 (S$892,000 - S$1.17 juta).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.