Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kapten pasukan negara Hariss Harun pulang ke S'pura untuk lanjutkan pelajaran

Kapten pasukan kebangsaan Singapura Hariss Harun, pada Isnin (12 Okt) menamatkan spekulasi mengenai masa hadapannya apabila mengumumkan yang beliau akan melanjutkan pelajarannya di Akademi PSB Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapten pasukan negara Hariss Harun pulang ke S'pura untuk lanjutkan pelajaran

(Gambar: Harris Harun/Instagram)

Diterbitkan : 13 Oct 2020 07:36AM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 07:37AM

KUALA LUMPUR: Kapten pasukan kebangsaan Singapura Hariss Harun, pada Isnin (12 Okt) menamatkan spekulasi mengenai masa hadapannya apabila mengumumkan yang beliau akan melanjutkan pelajarannya di Akademi PSB Singapura.

Hariss, 29, yang juga merupakan ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata beliau ditawarkan biasiswa pendidikan kecemerlangan sukan Akademi PSB untuk melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Kesenian dengan Kepujian dalam jurusan Perniagaan dan Pemasaran bersama Coventry University, England, selain menjadi duta kepada kolej tersebut.

“Saya hampir sampai kemuncak kerjaya bola sepak saya dan saya berharap dapat bermain untuk beberapa tahun lagi tetapi saya perlu bersedia untuk kehidupan selepas sukan.

“Oleh sebab itu, saya akan bersedia dari sekarang dengan membuat keputusan penting bagi mendapatkan pendidikan untuk saya. Jangan tunggu hingga ia terlewat,” jelas Hariss dalam Instagramnya pada Isnin.

Hariss, yang membantu Singapura menjuarai Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun 2012, juga mendedahkan beliau akan terus bermain bersama JDT walaupun melanjutkan pelajaran di negaranya.

Baru-baru ini, Hariss dengan bersahaja mengatakan mengenai perkembangan kerjaya beliau selepas membuat catatan ‘Conventry here I come’ di Facebooknya dan ada dalam kalangan peminatnya mendakwa beliau akan menyertai Kelab Conventry City FC, Liga Kejuaraan Inggeris.

JDT menjuarai Liga Super untuk kali ke tujuh berturut-turut sejak 2014 minggu lalu dan dalam masa yang sama, mencatatkan musim tanpa kekalahan untuk dua musim selepas 2016.

Diasaskan pada 1964, Akademi PSB merupakan sebuah institut pengajian tinggi swasta yang berkedudukan tinggi di Singapura. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan