Kapten pasukan China gantung but susuli keputusan "memalukan" seri 2-2 dengan pasukan Singa
Anggaran Waktu Membaca:
Kapten pasukan China Zhang Linpeng. (Gambar: FAS/Facebook)
SINGAPURA: Menyifatkan keputusan perlawanan sebagai "tidak boleh diterima", kapten pasukan China Zhang Linpeng memutuskan untuk menamatkan kerjaya bola sepak antarabangsa beliau selepas skuadnya seri 2-2 dengan pasukan Singa dalam pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026.
Zhang memberitahu para wartawan pada Khamis (21 Mac) semasa satu wawancara selepas perlawanan tersebut bahawa keputusan seri di akhir perlawanan dengan Singapura - iaitu pasukan yang kedudukannya hampir 70 tangga di bawah pasukannya dalam ranking dunia - menyebabkan beliau membuat keputusan tidak mahu lagi menyarung jersi pasukan China di peringkat antarabangsa.
"Saya sudah fikir masak-masak. Saya rasa sudah tiba masanya untuk menamatkan kerjaya dengan pasukan negara. Kita tidak mampu mengalahkan pasukan Singapura. Saya rasa ini tidak boleh diterima dan saya rasa ini memalukan," kata beliau menurut laporan akhbar Hong Kong, South China Morning Post.
Harapan China untuk sampai ke Piala Dunia buat kali kedua agak samar-samar selepas keputusan seri tersebut, menurut laporan AFP.
China berada di kedudukan 88 dalam ranking dunia, manakala Singapura pula, di tangga ke-156.
Agensi Berita Xinhua melaporkan isteri Zhang memuat naik catatan di media sosial menunjukkan pertukaran mesej antara beliau dan Zhang selepas perlawanan tersebut, dengan Zhang seolah-olah sudah berputus asa.
Dalam mesej beliau kepada isterinya, Zhang berkata beliau sudah bercakap dengan pasukannya dan memberitahu mereka bahawa beliau mengambil tanggungjawab atas keputusan tersebut.
Beliau menambah: "Saya betul-betul rasa saya tidak boleh melakukan lebih baik daripada ini. Setiap hari saya sudahpun memberikan 100 peratus hingga 200 peratus usaha tetapi keputusan ini, saya betul-betul tidak boleh terima, jadi biar ia berakhir di sini sahaja."
Perlawanan itu menyaksikan pasukan Singa berusaha habis-habisan untuk mendapatkan keputusan seri, dalam perlawanan pertama di bawah pimpinan jurulatih Tsutomu Ogura sejak beliau mengambil alih tugas ketua jurulatih pada Februari.
China juga, mempunyai jurulatih baharu Branko Ivankovic, yang mengambil alih tugas daripada Aleksandar Jankovic.
Dua gol pertama daripada pemain penyerang China Wu Lei pada Khamis, pada awalnya kelihatan meranapkan sebarang harapan untuk Singapura meraih keputusan positif.
Namun Faris Ramli berjaya menjaringkan gol selepas perlawanan dimulakan semula dan Jacob Mahler kemudian menjaringkan satu lagi gol, meraih keputusan seri tersebut di hadapan 28,000 penonton di Stadium Negara.

Sumber : Today/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.