Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kane sumbang 2 gol dalam kemenangan Spurs lawan Forest; Son masih dibelenggu kemarau gol

Anggaran Waktu Membaca:
Kane sumbang 2 gol dalam kemenangan Spurs lawan Forest; Son masih dibelenggu kemarau gol

(Gambar: Oli SCARFF / AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 09:18AM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 09:30AM
LONDON: Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Antonio Conte, yakin Son Heung-min akan menamatkan kemarau jaringannya tidak lama lagi.

Pada musim lalu, Son berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana England (EPL) bersama penyerang Liverpool, Mohamed Salah, tetapi dia masih belum berjaya membolosi gawang gol bagi musim 2022-23.

Harry Kane, dalam pada itu, bertindak sebagai penyumbang gol utama bagi Spurs sepanjang empat perlawanan pertama musim ini dan dua jaringan terbarunya menyaksikan pasukan dari London itu menewaskan Nottingham Forest 2-0 dalam perlawanan EPL di City Ground lewat malam tadi (28 Ogos).

Sungguhpun demikian, Conte tiada sebarang kegusaran mengenai Son, yang dipercayainya boleh menjadi contoh kepada seluruh pasukannya.

"Sonny benar-benar seorang pemain yang matang. Dia seorang pemain yang hebat, seorang yang amat bagus. Jika saya perlu mencari suami untuk anak perempuan saya, saya mahukan seseorang sepertinya," kata Conte dalam sidang media.

"Pada ketika ini, mungkin dia kecewa kerana dia tidak dapat menjaringkan gol tetapi dia perlu terus yakin pada dirinya kerana dia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

"Dia perlu bertenang. Kami mempercayainya. Sudah pasti dia agak kecewa kerana dia tidak berhasil menjaringkan gol tetapi ia bukan satu masalah buat saya. Son akan sentiasa menjadi sebahagian daripada visi bola sepak saya," katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan