Skip to main content

Sukan

Kanak-kanak S'pura menang perlumbaan Grand Prix e-Racing

Seorang kanak-kanak warga Singapura, Dillan Tan muncul sebagai juara pusingan kedua kelas emas dalam perlumbaan Grand Prix eRacing (eRGP) Asia Tenggara Edisi Global Keempat yang diadakan secara maya di litar Dubai Autodrome pada Sabtu (21 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak S'pura menang perlumbaan Grand Prix e-Racing

Petikan video eRacing GP.

Diterbitkan : 22 Nov 2020 05:15PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 05:31PM

DUBAI: Seorang kanak-kanak warga Singapura, Dillan Tan muncul sebagai juara pusingan kedua kelas emas dalam perlumbaan Grand Prix eRacing (eRGP) Asia Tenggara Edisi Global Keempat yang diadakan di litar maya Autodrome Dubai pada Sabtu (21 Nov). Pertandingan itu turut disertai seorang lagi peserta Singapura, Muhammad Thasbeeh.

Dengan kemenangan itu, Dillan Tan merupakan pemenang GP eRacing yang paling muda pada usia 11 tahun!

Perlumbaan yang cukup mendebarkan itu menyaksikan Dillan menumpaskan para pelumba handalan lain seperti juara bertahan, Naquib Azlan dari Malaysia.

Meskipun pelumba dari Australia, Kalen Chin melepasi garisan penamat dahulu, satu pelanggaran yang berlaku pada pusingan terakhir antara kereta Chin dan Naquib menyebabkan Chin diberikan penalti dan menduduki tangga keenam.

Perlumbaan Grand Prix e-Racing (eRGP) Asia Tenggara Edisi Global Keempat diadakan sebanyak lima pusingan, dengan perlumbaan seterusnya diadakan pada Sabtu depan (5 Dis).

Ia disertai pemain dari sembilan negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Filipina dan Singapura.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita