Skip to main content

Sukan

Juventus rangkul kejuaraan Serie A kali ke-8 berturut-turut

Juventus merangkul kejuaraan Liga Serie A buat kali kelapan berturut-turut walaupun hanya menang tipis ke atas Fiorentina.

Anggaran Waktu Membaca:
Juventus rangkul kejuaraan Serie A kali ke-8 berturut-turut

Juventus merangkul kejuaraan Liga Serie A. (Gambar: Massimo Pinca/Reuters)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 04:53PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 04:57PM

TURIN, ITALI: Juventus merangkul kejuaraan Liga Serie A buat kali kelapan berturut-turut walaupun hanya menang tipis ke atas Fiorentina.

Pasukan tuan rumah Fiorentina terdahulu memulakan jaringan seawal minit keenam.

Pada minit ke-30, Fiorentina hampir-hampir menggandakan jaringan.

Bagaimanapun, tendangan Federico Chiesa terkena tiang gol Juventus.

Sebaliknya Juventus yang berjaya menyamakan kedudukan sejurus sebelum masa rehat.

Tandukan Alex Sandro mengikat kedudukan kepada satu sama.

Lapan minit dalam babak kedua, Juventus berjaya meraih gol kedua hasil jaringan gol sendiri oleh kapten Fiorentina Pezzella.

Juventus menang 1-2 untuk merangkul kejuaraan ke-35 pasukan itu dalam Serie A, 17 kali lebih banyak berbanding AC Milan dan Inter Milan.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita