Jurulatih SG Ogura dedah skuad pertama jelang perlawanan kelayakan Piala Dunia lawan China
Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bola sepak lelaki Singapura semasa menjalani latihan. (Gambar fail: FAS)
SINGAPURA: Ketua jurulatuh baharu Singapura Tsutomu Ogura pada Jumaat (8 Mac) mengumumkan skuad Singa agak muda untuk menyertai perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asian 2027 menentang China pada hujung bulan ini.
Ia merupakan skuad pertama yang didedahkan Ogura sejak menggantikan rakan senegaranya Takayuki Nishigaya, yang dipecat berikutan prestasi hambar skuad.
Sebelas anggota skuad 26 orang di bawah pimpinan Ogura itu berusia bawah 24 tahun dengan 10 daripadanya, termasuk empat yang belum pernah mewakili pasukan kebangsaan Singapura, sudah mewakili negara dalam 10 perlawanan atau kurang daripada itu.
Sekalipun demikian, skuad tersebut tidak kekurangan pemain berpengalaman, dengan Kapten Hariss Harun dijangka diturunkan padang bersama Hassan Sunny dan Safuwan Baharudin - ketiga-tiganya sudah mewakili pasukan Singa lebih 100 kali.
Sementara itu, Faris Ramli dari pasukan Tampines Rovers akan kembali beraksi dengan pasukan negara setelah terlepas dua perlawanan terakhir. Pemain sayap itu sudah mewakili pasukan kebangsaan sebanyak 77 kali.
"Jurulatih Ogura memilih pasukan dengan pengalaman yang pelbagai dan juga belia bagi perlawanan-perlawanan penting di Stadium Negara dan Tianjin, China," menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataan media pada Jumaat (8 Mac), sambil menambah beliau menghabiskan beberapa minggu dengan berjumpa kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) selain menyaksikan latihan dan Perlawanan Sementara SPL yang sedang berlangsung.
Perlawanan di Stadium Negara akan berlangsung pada 21 Mac dan di Tianjin pada 28 Mac.
Pasukan Singa kini berada di kedudukan 156 dalam ranking FIFA, sementara China pada kedudukan 88.
SKUAD LELAKI SG BAGI MAC 2024
Penjaga gawang: Hassan Sunny, Syazwan Buhari, Zharfan Rohaizad
Pertahanan: Anumanthan Mohan Kumar, Fairuz Fazli, Jared Gallagher, Jacob Mahler, Irfan Fandi, Nazrul Nazari, Safuwan Baharudin, Ryhan Stewart, Lionel Tan, Zulqarnaen Suzliman
Pemain tengah: Joel Chew, Hariss Harun, Glenn Kweh, Shah Shahiran, Harhys Stewart, Song Ui-young, Zulfahmi Arifin
Barisan depan: Daniel Goh, Faris Ramli, Hafiz Nor, Ikhsan Fandi, Ilhan Fandi, Shawal Anuar

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.