Jurulatih pasukan bola sepak wanita Sepanyol dipecat selepas isu cium pemain
Anggaran Waktu Membaca:
![Jurulatih pasukan bola sepak wanita Sepanyol dipecat selepas isu cium pemain Jurulatih pasukan bola sepak wanita Sepanyol dipecat selepas isu cium pemain](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--zXQ03ODD--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2023/09/06/jorge_vilda.png?itok=yMVoNEQA)
(Gambar: AP/Abbie Parr)
SEPANYOL: Persatuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) memecat jurulatih pasukan wanitanya yang merangkul Piala Dunia, Jorge Vilda.
Ini selepas pertikaian yang tercetus selepas presiden persatuan itu mencium salah satu pemainnya, Jenni Hermoso, kata sumber dekat dengan isu tersebut pada Selasa (5 Sep).
Ini selepas pertikaian yang tercetus selepas presiden persatuan itu mencium salah satu pemainnya, Jenni Hermoso, kata sumber dekat dengan isu tersebut pada Selasa (5 Sep).
Lembaga baharu yang ditubuhkan selepas Presiden RFEF Luis Rubiales digantung oleh FIFA selepas dakwaan ciuman yang tidak diizinkan semasa sambutan kemenangan Piala Dunia dua minggu lalu menamatkan kontrak Vilda, tambah sumber itu.
BACA:
Skandal itu yang melibatkan Rubiales mencetuskan perbahasan pada peringkat negara terhadap hak wanita dan tingkah laku seksis.
Vilda, yang dianggap sebagai rakan rapat Rubiales, dikecam sejak tahun lalu selepas 15 pemain mengadakan pemberontakan menggesanya agar meletak jawatan kerana kaedah kejurulatihannya yang tidak wajar.
Mereka juga meminta supaya gaji mereka disamakan dengan pasukan lelaki.
Kebanyakan pemain yang terlibat dibuang dari pasukan itu, meskipun permintaan sebahagian daripada tuntutan mereka dipenuhi.
Vilda dan Luis de La Fuente, jurulatih pasukan lelaki Sepanyol, memuji Rubiales ketika dia enggan meletak jawatan pada 25 Ogos, namun kemudian mengeluarkan kenyataan yang mengkecam perbuatannya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.