Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih Manchester United Ruben Amorim akur pasukannya mungkin terburuk dalam sejarah kelab

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menyifatkan pasukannya mungkin pasukan Manchester United paling teruk dalam sejarah kelab itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih Manchester United Ruben Amorim akur pasukannya mungkin terburuk dalam sejarah kelab

(Gambar: BBC)

Diterbitkan : 20 Jan 2025 11:34AM Dikemas Kini : 20 Jan 2025 11:35AM
OLD TRAFFORD: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menyifatkan pasukannya mungkin pasukan Manchester United paling teruk dalam sejarah kelab itu.

Ini selepas Manchester United alami kekalahan yang ke-10 dalam Liga Perdana musim ini, selepas ia ditewaskan oleh Brighton & Hove Albion pada Ahad (19 Jan).

Dengan kekalahan 3-1 itu, United kini berada di tempat ke-13 dalam kedudukan Liga dan berkemungkinan mencatatkan prestasi terburuk dalam era Liga Perdana Inggeris.

Brighton meraih kemenangan mudah manakala United hanya berjaya mengumpul 11 daripada 33 mata sejak Amorim menjadi jurulatih United pada November lalu.

Ini merupakan kali pertama sejak musim perlawanan 1989-90 di mana mereka kalah dalam 10 daripada 22 perlawanan pertama Liga.

"Bayangkan bagaimana ini untuk penyokong Manchester United. Bayangkan bagaimana ia untuk saya pula," kata Amorim kepada Sky Sports.

"Kita mendapat jurulatih baharu yang meraih lebih banyak kekalahan berbanding jurulatih sebelumnya (Erik ten Hag). Saya sedia maklum sepenuhnya mengenai hal itu."

"Namun saya tidak akan berubah, tidak kira apa sekalipun. Saya tahu kita boleh mengecapi kejayaan, tetapi kita perlu bertahan melalui waktu.

"Kerana saya bukan naif dan saya tahu kita perlu terus bertakat.

"Kami mungkin pasukan paling teruk dalam sejarah Manchester United. Saya tahu anda mahukan sorotan berita, tetapi saya mengatakannya kerana kita perlu menerima kenyataan dan mengubahnya," kata Amorim.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan