Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih Khabib Nurmagomedov ulas pertarungan semula dengan McGregor

Ketua jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez percaya bahawa satu pertarungan semula dengan Conor Mcgregor mungkin akan berlaku namun beliau menegaskan pesaing Tony Ferguson lebih layak untuk perlawanan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih Khabib Nurmagomedov ulas pertarungan semula dengan McGregor

Khabib Nurmagomedov. (Gambar: khabib_nurmagomedov/Instagram)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 11:31AM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 11:34AM

RUSIA: Ketua jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez percaya bahawa satu pertarungan semula dengan Conor Mcgregor mungkin akan berlaku namun beliau menegaskan pesaing Tony Ferguson lebih layak untuk perlawanan itu.

Khabib berjaya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC 229 setelah memaksa McGregor untuk menyerah diri di pusingan keempat dalam perlawanan yang amat dinanti-nantikan pada Oktober.

Bagaimanapun belum tentu apakah masa depan yang sedang menanti Khabib dan McGregor setelah kedua-duanya terlibat dalam satu pergaduhan selepas perlawanan itu yang mencetuskan kontroversi dan menyebabkan mereka digantung daripada pertandingan.

Suruhanjaya Olahraga Nevada (NAC) bakal bertemu pada 29 Januari untuk membuat keputusan tentang penyertaan Khabib dan McGregor dalam pertandingan di masa depan tetapi jurulatih Khabib sudah pun membuat rancangan untuk masa depannya.

"Saya masih berpendapat bahawa daripada sudut sukan, ingat, daripada perspektif sukan, ia perlu berlaku," kata Mendez kepada The Daily Express mengenai kemungkinan satu pertarungan semula dengan Ferguson diadakan.

"Tetapi daripada segi merebut gelaran, kita akan lihat. Kita akan lihat apa yang UFC mahukan dan kita lihat apa yang boleh dirancangkan. Saya berpendapat perlawanan Khabib dengan McGregor masih ingin disaksikan oleh ramai peminat.

"Tetapi dari segi apa yang beliau (Ferguson) layak, beliau memang layak. Beliau menang 11-0, beliau sudah memusnahkan semua orang dan beliau menunjukkan bahawa beliau benar-benar juara kerana bila beliau menghadapi masalah, beliau akan bangkit. Dan beliau kembali lebih kuat daripada sebelumnya." 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan