Jurulatih AC Milan positif COVID-19
Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli kini menjalani pengasingan di rumah selepas diuji positif COVID-19, umum kelab Serie A itu pada Sabtu (14 Nov).
Stefano Pioli. (Gambar: AFP)
MILAN: Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli kini menjalani pengasingan di rumah selepas diuji positif COVID-19, umum kelab Serie A itu pada Sabtu (14 Nov).
Pioli, 55, tidak menunjukkan sebarang simpton dan semua ujian terhadap pemain dan kakitangan lain didapati negatif.
"Stefano Pioli diuji positif selepas ujian pantas dilakukan pagi ini. Pihak berkuasa kesihatan sudah diberitahu, dan jurulatih itu... sudah menjalani kuarantin di rumah," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.
Milan membatalkan sesi latihan dijadualkan hari ini (15 Nov) tetapi akan menyambung semula persiapan esok bagi lawatan pada minggu depan ke Napoli, ketika menanti protokol ujian kesihatan.
Pasukan kendalian Pioli masih belum tewas dalam Serie A musim ini. Ia sudah memenangi lima daripada tujuh perlawanan awal mereka dan dua mata di depan Sassuolo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.