Skip to main content

Sukan

Jumlah kecederaan dalam kalangan pemain 'pickleball' meningkat

Sukan bola pikel atau 'pickleball' kini semakin popular dan ia merupakan suatu kegiatan yang dapat membantu orang ramai kekal aktif dan sihat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Oct 2025 06:54PM Dikemas Kini : 03 Nov 2025 01:54PM
SINGAPURA: Sukan bola pikel atau 'pickleball' kini semakin popular dan ia merupakan suatu kegiatan yang dapat membantu orang ramai kekal aktif dan sihat.

Namun, jumlah pemain yang mengalami kecederaan akibatnya juga meningkat.

Menurut para doktor, antara kecederaan yang dialami termasuk otot yang tergeliat dan kesan trauma kepada mata.

Alat pemukul, bola dan gelanggang... itu sahaja yang diperlukan.

Oleh itu, sukan bola pikel semakin popular dan berjaya menarik minat ribuan pemain di Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan semakin ramai mula bermain bola pikel, para doktor memberi amaran bahawa lebih ramai juga mengalami kecederaan akibatnya.

Sebagai contoh, sebuah klinik menyaksikan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan bagi kecederaan berkaitan sukan itu naik dua kali ganda.

Punca utama kecederaan adalah para pemain yang memandang remeh terhadap cabaran dalam sukan itu.

Lazimnya, kebanyakan pesakit berusia lebih 40 tahun, kerana lebih terdedah kepada keadaan tendon dan sendi yang degeneratif.

Lagi pun, ramai yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan sukan tersebut, dan mungkin tidak memiliki kemahiran atau peralatan yang sesuai.

Kecederaan yang biasanya dialami termasuk terseliuh, koyak sendi lutut atau buku lali, serta kecederaan pada bahu dan siku.

Dalam beberapa kes, pemain mengalami luka lebam, atau lebih parah lagi, retina yang tertanggal akibat bola terkena bahagian mata mereka.

"Kecederaan ini sering berlaku apabila mereka terus bermain bola pikel setelah menjalani gaya hidup yang tidak aktif sebelum ini atau memulakannya tanpa sebarang panduan mengenai teknik untuk bermain bola pikel.

"Semua ini sebenarnya boleh membawa kepada beban yang berlebihan pada sendi dan otot," kata pakar fisioterapi di Regis Wellness, Chin Yi Khern.

Untuk mengelak daripada mengalami kecederaan, para peminat bola pikel dinasihatkan supaya menggunakan peralatan serta mempelajari teknik yang betul.
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita