Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling dinobat Olahragawan Terbaik buat kali kelima

Juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling memenangi Anugerah Olahragawan Terbaik buat kali kelima pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling dinobat Olahragawan Terbaik buat kali kelima

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 10:21AM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 10:25AM

SINGAPURA: Juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling memenangi Anugerah Olahragawan Terbaik buat kali kelima pada tahun ini.

Beliau menerima anugerah itu pada Rabu (18 Jul), sekaligus menjadikannya atlit lelaki pertama di sini yang berjaya mencapai kejayaan seumpama itu.

Sebelum ini, bekas perenang negara Pat Chan dan pemain tenis meja, Li Jiawei juga pernah memenangi sebanyak lima kali Anugerah Olahragawati Terbaik.

Schooling menewaskan atlit Wushu, Jowen Lim dan pelumba basikal, Calvin Sim untuk memenangi anugerah tersebut.

Tahun lalu, Schooling mendapat pingat gangsa dalam Kejohanan Renang Dunia.

Beliau turut menggondol enam pingat emas di Sukan SEA di Kuala Lumpur, Malaysia dan mencipta dua rekod baru di temasya tersebut dan di peringkat nasional.

Schooling juga pernah memenangi Anugerah Olahragawan Terbaik pada tahun 2012, 2015, 2016 dan 2017.

Turut diiktiraf di majlis anugerah itu ialah atlit sukan layar Mohammad Daniel Kei, yang dinobatkan Olahragawan Muda Terbaik tahun ini. Atlit renang berirama Debbie Soh pula membawa pulang Anugerah Olahragawati Muda Terbaik.

Speaker Parlimen yang juga Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Tan Chuan-Jin berkata anugerah itu adalah satu sanjungan kepada para atlit Team Singapore yang berkorban untuk sukan masing-masing.

Encik Tan juga berharap agar Team Singapore akan dapat mencatat prestasi yang baik di Sukan Asia pada bulan depan, Sukan Olimpik Belia pada Oktober dan melayakkan diri bagi Sukan Olimpik.

Berikut adalah senarai pemenang tahun ini:

Olahragawan Terbaik - Joseph Isaac Schooling (Sukan Renang)
Olahragawati Terbaik - Feng Tianwei (Tenis Meja)
Olahragawan Muda Terbaik - Mohammad Daniel Kei Bin Mohammad Yazid (Sukan Kapal Layar)
Olahragawati Muda Terbaik - Debbie Soh Li Fei (Renang berirama)
Jurulatih Terbaik- Gary Tan Lee Yu (Sukan Renang)
Pasukan Terbaik (Sukan berpasukan) - Pasukan bola lantai wanita
Pasukan Terbaik (Acara) - Pasukan Wanita Kejuaraan Boling Sedunia
Pasukan Muda Terbaik - Pasukan renang berirama (Sukan SEA 2017)
Acara Sukan Terbaik (Antarabangsa) - 2017 HSBC Singapore Rugby Sevens
Acara Sukan Terbaik (Setempat) - Standard Chartered Singapore Marathon 2017 

Sumber : CNA/TQ/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan