Juara Olimpik Indonesia terima hadiah 5 ekor lembu, restoran bakso & rumah baru
Juara Sukan Olimpik Indonesia mendapat habuan lembu, restoran bebola daging, rumah dan wang tunai £250,000 (S$469,835) selepas meraih pingat emas di temasya Tokyo itu.

(Gambar: Agensi berita)
LONDON: Juara Sukan Olimpik Indonesia mendapat habuan lembu, restoran bebola daging, rumah dan wang tunai £250,000 (S$469,835) selepas meraih pingat emas di temasya Tokyo itu.
Greysia Polii dan Apriyani Rahayu menjuarai acara beregu badminton wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Isnin (2 Ogos).
Kedua-duanya muncul juara selepas menewaskan pasangan China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19 dan 21-15, sekali gus meraih pingat emas pertama negara mereka di Tokyo.
Indonesia menjanjikan wang ganjaran £250,000 manakala Apriyani yang berasal dari Sulawesi bakal mendapat lima ekor lembu daripada ketua daerah di tempat kelahirannya.
Selain itu, mereka juga turut dihadiahkan restoran bebola daging setiap seorang.
Pemaju hartanah pula memberikan apartmen di Jakarta dengan sejumlah besar telefon bimbit dan langganan majalah tersedia di atas meja.
Sebuah kafe di Jakarta turut menjanjikan pemenang pingat emas itu kopi percuma sepanjang hayat.
Presiden Indonesia Joko Widodo menyifatkan kejayaan kedua-dua atlit itu sebagai hadiah Hari Kemerdekaan negara itu pada 17 Ogos.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.