Juara F1 Lewis Hamilton kutuk kata-kata perkauman terhadap pemain bola sepak England
Lewis Hamilton, menyuarakan sokongan terhadap tiga pemain bola sepak England berkulit hitam yang tersasar tendangan penalti pada perlawanan akhir Euro 2020 pada Ahad (11 Jul), setelah mereka menjadi mangsa penganiayaan berbaur perkauman di media sosial.
Gambar fail pelumba F1 Lewis Hamilton (Gambar: Pool menerusi REUTERS/Christian Bruna)
LONDON: Juara dunia sebanyak tujuh kali dalam perlumbaan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, menyuarakan sokongan terhadap tiga pemain bola sepak England berkulit hitam yang tersasar tendangan penalti pada perlawanan akhir Euro 2020 pada Ahad (11 Jul), setelah mereka menjadi mangsa penganiayaan berbaur perkauman di media sosial.
Tendangan penalti Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka tidak menepati sasaran, menyebabkan Itali menang 3-2 setelah seri 1-1 selepas diberi masa tambahan di Stadium Wembley.
Hamilton, seorang yang lantang bersuara memperjuangkan keadilan sosial, menulis di Instagram pada Isnin bahawa penderaan yang dialami oleh tiga pemain England itu menunjukkan usaha mengatasi isu perkauman masih perlu diperhebat.
"Kita harus berusaha menuju ke arah sebuah masyarakat yang tidak memerlukan pemain berkulit hitam membuktikan nilai atau kedudukan mereka dalam masyarakat hanya dengan kemenangan. Semua anggota pasukan England patut begitu bangga atas pencapaian mereka dan bagaimana mereka mewakili kita," tulis Hamilton.
Twitter menyatakan bahawa ia sudah memadam lebih 1,000 catatan dan menggantung selamanya sejumlah akaun menyusuli insiden perkauman "menjijikkan" yang ditujukan kepada para pemain tersebut.
Sementara itu Facebook menyatakan pihaknya ia juga sudah memadam komen-komen dan akaun yang berbaur perkauman itu.
"Penganiayaan berbaur perkauman di media sosial terhadap pemain kita selepas perlawanan semalam tidak boleh diterima," tegas Hamilton.
"Kejahilan seperti ini harus dihentikan. Sikap tolak ansur dan rasa hormat terhadap pemain bukan kulit putih tidak boleh bersyarat. Kemanusiaan kita tidak boleh bersyarat."
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.