Skip to main content

Sukan

Juara dunia 'kite foil' Max Maeder julang takhta di Eropah

Anggaran Waktu Membaca:
Juara dunia 'kite foil' Max Maeder julang takhta di Eropah

Gambar: Singapore Sailing/Facebook

Diterbitkan : 25 Mar 2024 08:05AM Dikemas Kini : 25 Mar 2024 08:49AM

SINGAPURA: Juara dunia 'Formula Kite' Maximilian Maeder meraih satu lagi kemenangan besar pada Ahad (24 Mac). Kali ini, beliau menjulang takhta dalam Kejuaraan Eropah 'Formula Kite' di Sepanyol pula.

Atlit warga Singapura berusia 17 tahun itu berjaya menumpaskan pesaingnya Axel Mazella dari Perancis dan Riccardo Pianosi dari Itali, untuk merampas semula gelaran juara yang diraihnya dua tahun lalu. Axel Mazella dan Riccardo Pianosi pula masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Maxmilian dinobatkan sebagai juara kejohanan Eropah yang sama itu di Greece dua tahun lalu, tetapi terlepas peluang untuk bersaing pada edisi tahun lalu disebabkan pelibatannya dalam Sukan Asia.

Kemenangan di Sepanyol pada Ahad itu diperolehinya menyusuli beberapa kemenangan berprestij lain yang diraih baru-baru ini.

Pada Ogos lalu, atlit 'kite foil' itu merangkul pingat emas dalam acara 'kite' lelaki di Kejuaraan Dunia Sukan Layar di Belanda, yang sekali gus menjamin kedudukan Singapura untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Kemenangan lain yang diraihnya tahun lalu juga termasuk menjulang takhta untuk tiga kali berturut-turut dalam Kejuaraan Dunia 'Formula Kite' Belia dan menggondol pingat emas di Sukan Asia di China.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita