Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juara dunia badminton Loh Kean Yew muhasabah diri di tengah-tengah 2022 yang sukar

Anggaran Waktu Membaca:
Juara dunia badminton Loh Kean Yew muhasabah diri di tengah-tengah 2022 yang sukar

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar fail: SNOC/Lim Weixiang)

Diterbitkan : 09 Aug 2022 05:56PM Dikemas Kini : 09 Aug 2022 05:56PM
SINGAPURA: Baru setahun lalu, Loh Kean Yew menduduki tempat ke-40 dalam senarai pemain badminton dunia.

Selepas disingkirkan dalam peringkat kumpulan perlawanan badminton perseorangan lelaki di temasya Olimpik Tokyo, kemenangan terakhirnya dicatat dalam pertandingan dua tahun sebelum itu.

Loh akui beliau tidak dikenali ramai.

Warga Singapura itu mengukir nama dalam persada sukan badminton semasa kejohanan Thailand Masters 2019 di mana beliau berjaya mengalahkan bintang badminton dari China, Lin Dan.
Dalam masa beberapa bulan sahaja pada 2021, kehidupan Loh terus berubah.

Beliau memenangi dua gelaran berturut-turut dalam masa beberapa bulan. Loh berjaya ke pusingan terakhir kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 dan menjadi juara Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dinamakan sebagai bintang yang semakin menyinar, jangkaan terhadap beliau juga semakin meningkat.
Loh terus berpegang pada prinsip harus konsisten.

Sejurus selepas prestasinya meningkat, beliau tahu ia juga boleh turun dengan mendadak.

Tahun ini, pemain berusia 25 tahun itu beraksi dalam 12 kejohanan dalam masa lapan bulan sahaja - lebih banyak daripada keseluruhan 2021.
"Matlamat peribadi saya untuk masa ini adalah untuk muhasabah diri. Saya sedang dalam proses mencari diri saya yang lebih baik.. di dalam gelanggang badminton," jelas Loh.

"Seseorang yang masuk ke dalam gelanggang dan merasakan dirinya seperti 'underdog' dan memberikan yang terbaik dengan tiada rasa bimbang, hanya bermain dan menikmati permainan sambil fokus dan menjadi lelaki yang berkeyakinan tinggi."

PERSPEKTIF PENTING

Semasa Kejohanan Dunia Disember lalu, Loh menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam gelanggang.

"Sememangnya menjadi impian semua atlit untuk bermain dengan keyakinan yang tinggi," ujar beliau.

"Saya rasa amat yakin. Saya tidak sedar saya rasa yakin namun saya kelihatan amat yakin. Saya bermain tanpa rasa takut."

Namun sejak itu, semuanya sudah berubah.

"Kini semua orang menjadikan saya sasaran. Jadi apabila saya menunjukkan kelemahan, semua orang akan melihatnya serta merta, jelas beliau.

Loh juga kini berdepan dengan beban jangkaan yang semakin meningkat yang menjejas prestasi serta keyakinan dirinya.

"Cabarannya adalah bagaimana untuk menangani tekanan iaitu sebahagiannya ialah jangkaan terhadap diri saya. Saya harus mencari dan belajar untuk bermain dengan baik," jelas beliau.

"Saya juga ingin menepati jangkaan untuk memberikan prestasi yang baik sepanjang masa. Namun, jika dikatakan secara realistik, saya perlu tahu di mana saya berada setahun yang lalu."

Loh menarik perhatian beliau bermula dengan baik di Sukan Komanwel, namun kemudian tertekan oleh beban jangkaan terhadapnya termasuk kritikan apabila beliau gagal menang dua kejohanan utama tahun ini - Sukan SEA dan Komanwel.
Tahun 2022 adalah tahun yang sibuk buat Loh, beliau harus belajar menangani jadualnya yang padat, dengan Kejohanan Dunia bakal diadakan lewat bulan ini.

Namun, Loh bertekad untuk terus belajar dan mengambil setiap hari sebagai peluang untuk terus memperbaiki diri.
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa