Juara bertahan kalah mengejut di tangan Mexico
Juara bertahan, Jerman kalah mengejut di tangan Mexico 0-1 dalam aksi pembukaan kempen negara itu di Piala Dunia semalam (17 Jun) iaitu yang pertama sejak 1982.

Hirving Lozano menyambut gol yang dijaring. (Gambar: Antonio Calanni/AP)
MOSCOW: Juara bertahan, Jerman kalah mengejut di tangan Mexico 0-1 dalam aksi pembukaan kempen negara itu di Piala Dunia semalam (17 Jun) iaitu yang pertama sejak 1982.
Pemain sayap PSV Eindhoven Hirving Lozano muncul juara Mexico apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-35 menerusi serangan balas yang lincah di Stadium Luzhniki sekaligus mencatat kemenangan kedua Mexico ke atas Jerman buat kali kedua dalam sejarah.
Jurulatih Jerman Joachim Loew terpaksa mengaku kalah sambil berkata: “Prestasi kami sangat teruk.”
Sekiranya Jerman mengakhiri peringkat saringan di belakang Mexico, ia mungkin berhadapan dengan Brazil dalam perlawanan peringkat selanjutnya.
Keputusan perlawanan Piala Dunia semalam/hari ini (18 Jun):
Peru 0 Denmark 1
Croatia 2 Nigeria 0
Costa Rica 0 Serbia 1
Jerman 0 Mexico 1
Brazil 1 Switzerland 1
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.