Skip to main content

Sukan

Juara bertahan Argentina layak ke Piala Dunia 2026

Juara bertahan Argentina menempah tempat bagi Piala Dunia 2026 dan menjadi pasukan pertama dari Amerika Selatan yang layak bagi kejohanan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Juara bertahan Argentina layak ke Piala Dunia 2026

Para penyokong Argentina di Stadium Monumental, Buenos Aires, sebelum perlawanan bola sepak antara negara tersebut dengan Brazil, pada 25 Mac 2025. (REUTERS/Agustin Marcarian)

Diterbitkan : 26 Mar 2025 10:33AM Dikemas Kini : 26 Mar 2025 10:34AM
BUENOS AIRES: Juara bertahan Argentina menempah tempat bagi Piala Dunia 2026 dan menjadi pasukan pertama dari Amerika Selatan yang layak bagi kejohanan itu.

Ini selepas perlawanan antara Uruguay dan Bolivia berakhir dengan keputusan seri 0-0 pada Selasa (25 Mac).

Keputusan perlawanan yang berlangsung di bandar El Alto, Bolivia itu menjamin kedudukan enam teratas bagi Argentina dan secara langsung melayakkan kumpulan tersebut ke kejohanan yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

"Tahniah, Argentina, kerana layak ke Piala Dunia 2026," tulis Alejandro Dominguez, presiden badan pentadbir bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL di akaun X beliau.

"Marilah kita pertahankan takhta dan membanggakan benua ini!"

Argentina kini berada di tangga teratas bagi kelayakan negara Amerika Selatan dengan 28 mata, mendahului Bolivia di tempat ketujuh dengan 14 mata, dan kini layak bertanding di peringkat antarabangsa.

Juara Copa America itu bertemu Brazil yang berada di tangga ketiga pada lewat Selasa di Stadium Monumental di Buenos Aires.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita