Skip to main content

Sukan

Jualan umum tiket perlawanan Manchester United di Bukit Jalil dibuka 15 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan umum tiket perlawanan Manchester United di Bukit Jalil dibuka 15 Apr

Perlawanan persahabatan antara gergasi Liga Perdana England (EPL), Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil akan berlangsung pada 28 Mei ini. (Gambar: mymaybank/Instagram)

Diterbitkan : 14 Apr 2025 11:41PM Dikemas Kini : 15 Apr 2025 12:03AM
KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan antara gergasi Liga Perdana England (EPL), Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini dijangka dijual dengan pantas apabila jualan umum dibuka mulai jam 11.00 pagi Selasa (15 Apr).

Penganjur jualan tiket, ShekhinahPR, menasihatkan para peminat agar segera mendapatkan tiket melalui laman web rasmi www.ticketingempire.com, yang dijual pada harga antara RM50 (S$14) hingga RM1,500 (S$447), berikutan permintaan tinggi semasa akses awal dan sambutan luar biasa dari peminat seluruh rantau ini.

“Malaysia, inilah detik anda. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Manchester United beraksi secara langsung di Bukit Jalil. Jadi sebahagian daripada sejarah — dapatkan tiket anda dan cipta kenangan bersama,” menurut kenyataan penganjur pada Isnin (14 Apr).

Juara EPL sebanyak 13 kali itu kali terakhir beraksi di Malaysia pada siri jelajah pra-musim 2009, di mana mereka menewaskan pasukan pilihan Malaysia dua kali di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Manchester United juga dijadualkan berkunjung ke Hong Kong untuk perlawanan menentang skuad kebangsaan negara itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei, sebelum bertemu Leeds United di Stockholm pada 19 Julai.

Siri jelajah musim panas EPL akan diteruskan di Amerika Syarikat, di mana Manchester United bakal menentang West Ham United (26 Julai), Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita