Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling tarik diri dari Sukan SEA 2023 di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Joseph Schooling pada Rabu (1 Mac) mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) akan datang, sambil berkata beliau "bukan di tahap" yang diinginkan untuk bertanding di temasya itu. 

"Setelah menimbangkannya dengan teliti bersama pasukan saya, saya membuat keputusan untuk menarik diri dari Sukan SEA," kata perenang itu dalam kenyataannya. 

"Ia bukan satu keputusan yang mudah, tetapi buat masa ini, saya kini tidak berada pada tahap yang saya inginkan untuk bertanding. Saya mesti utamakan negara saya dan bukan pencapaian peribadi." 

Juara Olimpik itu menambah, beliau akan menumpukan perhatian kepada tanggungjawabnya dalam Perkhidmatan Negara (NS) dan akan terus menyokong rakan-rakan sepasukannya. 

"Saya memutuskan untuk memberi tempat saya kepada rakan-rakan sepasukan yang sudah bersiap sedia untuk dipertimbangkan bagi mewakili negara dan saya akan menyokong mereka sambil memberi tumpuan kepada tugas saya dalam Angkatan Tentera Laut," katanya. 

Sukan SEA 2023 akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei di Kemboja.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan