Joseph Schooling pertahan takhta kupu-kupu 100m Sukan SEA
Perenang negara Joseph Schooling berjaya mempertahankan takhtanya bagi gaya kupu-kupu 100 meter pada Isnin (16 Mei) selepas mencatatkan masa 52.22 untuk meraih kemenangan di Pusat Sukan Akuatik My Dinh di Hanoi.

Joseph Schooling bertanding dalam pusingan saringan gaya kupu-kupu 100 meter pada 16 Mei 2022. (Gambar: Andy Chua/SportSG)
HANOI: Perenang negara Joseph Schooling berjaya mempertahankan takhtanya bagi gaya kupu-kupu 100 meter pada Isnin (16 Mei) selepas mencatatkan masa 52.22 untuk meraih kemenangan di Pusat Sukan Akuatik My Dinh di Hanoi.
Rakan negara Quah Zheng Wen menyusul di belakang manakala pesaing dari Thailang Wongcharoen Navaphat di tempat ketiga.
Pingat emas pertamanya di Sukan SEA ke-31 itu juga sekali gus merupakan kejuaraannya buat lima kali berturut-turut sejak Sukan 2013.
Awal pada hari yang sama, Schooling menamatkan pusingan saringan acara itu di tempat kedua dengan masa 54.38.
Juara Olimpik Rio 2016 itu mengharungi tahun 2021 dengan penuh cabaran, yang menyaksikan beliau gagal untuk mempertahankan gelarannya bagi acara gaya kupu-kupu 100 meter di Olimpik Tokyo.
Schooling, 27 tahun, yang kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS), bertanding dalam temasya sukan pertamanya sejak Olimpik Tokyo pada Mac di Kelayakan Sukan Utama SNAG ke-52.
Di temasya sukan itu, beliau mencatatkan masa 52.09 semasa pusingan akhir gaya kupu-kupu 100 meter - masa terbaik yang dicapainya dalam lebih dua tahun.
Di Sukan SEA yang lalu di Filipina pada 2019, Schooling memenangi pingat emas dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter dengan masa 51.84.
Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.