Joseph Schooling menang beberapa pingat dalam Kejohanan Renang, Terjun Cantik AS
Juara Olimpik, Joseph Schooling menang beberapa pingat dalam Kejohanan Renang dan Terjun Cantik di Austin, Amerika.
SINGAPURA: Juara Olimpik, Joseph Schooling menang beberapa pingat dalam Kejohanan Renang dan Terjun Cantik di Austin, Amerika.
Schooling menang pingat emas bagi acara 100 ela gaya kupu-kupu dalam masa 45.10 saat, mengalahkan pesaing-pesaingnya dari Universiti Texas.
Schooling, 22 tahun, kemudian mengetuai pasukannya untuk menjuarai acara berganti-ganti 200 ela gaya bebas.
Beliau akan bertanding bagi satu lagi acara esok (25 Feb).
Kejohanan Big 12 itu diadakan sebelum Kejohanan di kalangan kolej-kolej Amerika, NCAA pada bulan depan.
Ia kejohanan terakhir disertai Schooling sebelum menjadi perenang profesional.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.