Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling, Amanda Lim, Teong Tzen Wei didenda langgar kod tatalaku semasa Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Oct 2022 08:52PM Dikemas Kini : 31 Oct 2022 08:59PM
SINGAPURA: Denda dikenakan ke atas perenang negara Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei kerana melanggar peraturan dalam kod tatalaku Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) semasa Sukan SEA.

Ketiga-tiga atlit itu mengaku mengambil dadah terkawal di luar negara dan menyebabkan SNOC melancarkan prosiding tatalaku untuk menyiasat kemungkinan pelanggaran berkenaan.

Di hujung siasatan, SNOC memutuskan pada Isnin (31 Okt) untuk mengenakan denda S$10,000 ke atas juara Olimpik Schooling.

Beliau juga diberikan amaran bersyarat. Ini bermakna, sekiranya beliau mengambil dadah terlarang atau melanggar mana-mana peraturan kod tatalaku pada masa akan datang, beliau akan diharamkan daripada semua pertandingan utama selama dua tahun.

Menurut SNOC, Schooling melanggar beberapa kod tatalaku SNOC.

Ia termasuk larangan berjudi, merokok, pengambilan dadah atau ubat tanpa kelulusan doktor daripada pasukan Singapura.

Kod tatalaku juga menjelaskan bahawa para peserta harus memaklumkan kepada Chef de Mission atau pemimpin kontinjen tentang keberadaan mereka dan jika mereka meninggalkan penginapan sepanjang tempoh pertandingan dan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan aktiviti mereka sendiri tanpa kelulusan terlebih dahulu.

Schooling melanggar kedua-dua peraturan tersebut, serta peraturan "menutup lampu" dari pukul 11.00 malam hingga 6.00 pagi setiap hari.

Beliau juga melanggar peraturan yang hanya membenarkan peserta meminum minuman keras selepas mereka menyelesaikan semua acara masing-masing di temasya sukan itu.

Lim juga diberikan amaran tegas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana memiliki peralatan dadah dan didenda S$2,800 oleh SNOC.

Denda S$3,200 juga dikenakan kepada Teong.

Kedua-dua atlit itu didapati melanggar peraturan yang menyatakan bahawa para peserta harus "menjaga nama baik negara dan SNOC serta menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi pada sepanjang masa".

SNOC menyatakan bahawa jawatankuasa disiplin menyemak bukti yang berkaitan dan mendengar penjelasan daripada tiga atlet itu sendiri.

SNOC menambah ketiga-tiga atlit memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses.

Denda yang dikumpulkan akan didermakan kepada Yayasan Olimpik Singapura, sebuah badan amal yang menyokong atlit dan pembangunan sukan di Singapura.

Wang yang dimenangi daripada Program Anugerah Permainan Utama (MAP) diberikan kepada ketiga-tiga atlit, menurut SNOC.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan