Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling, 2 beradik Quah tidak akan bertanding di Sukan Komanwel

Perenang Singapura, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen serta adiknya, Quah Zheng Wen tidak akan ikut bertanding dalam temasya Sukan Komanwel 2018, April ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Joseph Schooling, 2 beradik Quah tidak akan bertanding di Sukan Komanwel

Gambar fail (dari kiri) Joseph Schooling, Quah Zheng Wen dan Quah Jing Wen.

Diterbitkan : 12 Jan 2018 11:56PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 12:06AM

SINGAPURA: Perenang Singapura, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen serta adiknya, Quah Zheng Wen tidak akan ikut bertanding dalam temasya Sukan Komanwel 2018, April ini.

Persatuan Renang Singapura (SSA) menyatakan hari ini (12 Jan) bahawa keputusan itu dibuat supaya mereka boleh mempersiapkan diri bagi Sukan Asia 2018 yang akan diadakan pada bulan Ogos.

"Selepas berbincang dengan atlit-atlit dan jurulatih mereka, saya sokong keputusan untuk tidak menghantar ketiga-tiga perenang itu untuk Sukan Komanwel," kata Encik Stephan Widmer, ketua jurulatih Singapura. "Keputusan ini akan memanfaatkan Singapura, kerana kami ingin mencapai matlamat untuk meraih kemenangan di Jakarta, dan merapatkan jurang di Asia."

Menurut SSA, ketiga-tiga perenang yang berada di Amerika Syarikat itu sudah memulakan latihan "yang direka untuk mencapai prestasi kemuncak pada Ogos nanti di Sukan Asia".

Ia menerangkan bahawa langkah untuk tidak ikut bertanding dalam Sukan Komanwel juga merupakan kunci Singapura untuk kembali ke Sukan Asia dengan "kutipan pingat acara individu dan secara berkumpulan" dalam temasya di Jakarta.

UTAMAKAN SUKAN ASIA

SSA juga menyatakan bahawa Singapura mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi lebih banyak pingat di Indonesia berbanding di Sukan Komanwel.

Dalam Sukan Asia 2014, pasukan renang Singapura membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan tiga gangsa. Joseph Schooling menyumbang satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Tao Li pula membawa pulang dua pingat manakala pasukan renang 4 x 200m lelaki gaya bebas menang satu gangsa.

Singapura berada di belakang China, Jepun dan Kazkhstan dalam kedudukan sukan renang.

"Untuk bertanding dengan perenang-perenang hebat Asia lain, kita perlu tiga perenang unggul ini untuk berada di prestasi kemuncak. Ia penting bagi Singapura untuk bertanding dalam acara renang berpasukan dalam Sukan Asia," kata Encik Widmer.

"Selepas kejayaan di Sukan SEA, kini tumpuan kami sebagai satu persatuan adalah untuk mengalih usaha kepada Asia," tambah beliau.

Ketiga-tiga perenang itu sudah dimaklumkan tentang keputusan itu.

Schooling, yang kini dalam tahun terakhir pengajiannya di Universiti Texas berkata: "Ini membolehkan saya untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada Sukan Asia dan memastikan saya melakukan yang terbaik untuk Singapura di Jakarta."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan