Skip to main content

Sukan

Johor Darul Ta'zim tarik diri Liga Juara-Juara AFC kerana sekatan COVID-19 M'sia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim menarik diri dari menyertai Liga Juara-Juara AFC selepas pihak berkuasa Malaysia enggan membenarkan mereka melakukan perjalanan bagi pertandingan itu kerana sekatan COVID-19, kata para pegawai pada Jumaat (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Johor Darul Ta'zim tarik diri Liga Juara-Juara AFC kerana sekatan COVID-19 M'sia

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 09:06PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 09:07PM

KUALA LUMPUR: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim menarik diri dari menyertai Liga Juara-Juara AFC selepas pihak berkuasa Malaysia enggan membenarkan mereka melakukan perjalanan bagi pertandingan itu kerana sekatan COVID-19, kata para pegawai pada Jumaat (13 Nov).

Pertandingan Zon Timur Liga Juara-Juara yang ditangguhkan berlangsung dari 18 Nov hingga 4 Dis dalam sebuah "gelembung" selamat dari virus di Qatar, diikuti oleh peringkat kalah mati sebelum melangkah ke perlawanan peringkat akhir di Doha pada 19 Dis.

Namun, kerajaan Malaysia memutuskan bahawa Johor, yang berada di tempat kedua dalam Kumpulan G, tidak dibenarkan keluar daripada negara itu kerana sempadan kekal ditutup bagi membendung penularan COVID-19.

Pengarah teknikal Alistair Edwards berkata pasukan itu "amat hampa" namun menambah: "Kami menghormati keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dan memahami langkah-langkah keselamatan sedemikian perlu dilaksanakan."

Malaysia yang mengalami lonjakan jumlah kes virus korona sejak beberapa minggu kebelakangan ini, melarang kebanyakan perjalanan ulang-alik di negara itu pada awal tahun ini, sejurus selepas pandemik itu muncul.

AFC mengesahkan bahawa Johor telah menarik diri dari pertandingan kelab-kelab bola sepak peringkat teratas Asia itu, meninggalkan hanya tiga kelab yang bakal berentap dalam Kumpulan G.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita