Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Johor cuti jika JDT julang Piala Malaysia 2021

Kerajaan Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa sekiranya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2021 pada 30 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor cuti jika JDT julang Piala Malaysia 2021

Gambar: JOHOR Southern Tigers/Facebook

Diterbitkan : 27 Nov 2021 07:10PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 07:11PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa sekiranya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2021 pada 30 November ini.

Menteri Besar Hasni Mohammad berkata cadangan cuti khas peristiwa pada 1 Disember tersebut adalah bagi meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan merangkul piala berkenaan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penganjuran kejohanan bola sepak berprestij tanah air itu.

“Sekiranya JDT mendapat kejayaan menang Piala Malaysia, esoknya (1 Dis) kita cuti sehari.

“Piala Malaysia berusia 100 tahun dan ia sangat bersejarah. Saya percaya kita semua menunggu JDT merangkul piala ini,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Gerbang Nusajaya, di Iskandar Puteri, hari ini (27 Nov).

Justeru, Encik Hasni berharap agar JDT dapat membariskan pemain terbaik bagi perlawanan akhir bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini (30 Nov). 

Juara bertahan JDT mengesahkan tempat ke pentas akhir selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-1 ke atas Terengganu FC (TFC) setelah menewaskan skuad Penyu itu 3-0 semasa separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam semalam.

KL City FC pula mara ke perlawanan akhir selepas mengatasi Melaka United dengan agregat 5-3 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan semasa aksi di Stadium Hang Jebat. 

Aksi separuh akhir pertama antara KL City FC menentang Melaka United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, turut terikat 1-1. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan