Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

John Cena bersara daripada gusti profesional selepas musim 2025

Anggaran Waktu Membaca:
John Cena bersara daripada gusti profesional selepas musim 2025

(Gambar:Facebook/John Cena)

Diterbitkan : 08 Jul 2024 09:11AM Dikemas Kini : 08 Jul 2024 09:16AM
TORONTO: John Cena pada Sabtu (6 Jul) malam mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada gusti profesional tahun depan, selepas dua dekad terlibat dalam gelanggang.

Atlit gusti yang menjadi pelakon itu menyampaikan ucapan ikhlas kepada para peminat WWE di sebuah stadium di Toronto, yang membalas dengan ejekan atas kekecewaan mereka terhadapnya, kerana musim 2025 adalah musim terakhirnya.

Cena berjanji untuk membuat jelalah perpisahan dengan beberapa tarikh dan pertarungan akhir yang epik. Dia juga memberi jaminan kepada peminatnya bahawa dia akan terus terlibat dengan francais gusti yang memulakan kerjayanya.

Dalam sidang media sejurus acara tersebut, Cena memberitahu wartawan bahawa keadaan fizikalnya "berada di tahap penghujung", namun ia tidak bermakna dia akan menjauhkan diri daripada sukan yang diminatinya.

Cena merupakan juara WWE sebanyak 16 kali, yang mula aktif pada awal 2000-an.

Selain bergusti, dia bermain beberapa watak popular, di dalam gelanggang serta filem.

Cena memainkan watak utama dalam filem Blockers dan The Suicide Squad.

Dia juga membuat beberapa penampilan dalam francais Fast & Furious dan baru-baru inimuncul dalam filem 'thriller' komedi Argylle dan Barbie.
Sumber : AP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan