jelasBERITA: SG sedia jadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026?

Gambar: Stefan Wermuth/Reuters
Ini sedang Singapura menilai kemungkinan untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan tersebut, setelah Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mempelawa semua anggota persekutuan termasuk Singapura, supaya menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah edisi Sukan itu yang seterusnya.
Wilayah Victoria, Australia menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan itu, dengan memetik unjuran kos yang berlebihan sebagai alasannya.
Mantan Naib Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura Low Teo menarik perhatian bahawa Singapura tidak mempunyai velodrom, iaitu sebuah arena untuk berbasikal trek, dan bahkan, padang yang sesuai untuk bermain kriket juga.
"Kita tidak agak kurang (bersedia) dari segi prasarana (untuk) dapat menganjurkan banyak acara yang merupakan sebahagian daripada Sukan Komanwel," jelas Encik Teo, yang merupakan Chef de Mission di Sukan Komanwel Glasgow 2014.
Beliau menambah Singapura mungkin mempunyai 60 peratus prasarana yang diperlukan untuk menjadi tuan rumah Sukan tersebut.
Sukan itu biasanya menampilkan kira-kira 20 sukan dalam tempoh dua minggu.
Edisi 2022 berlangsung di Birmingham, England, di mana sekitar 5,000 atlit daripada 70 negara mengambil bahagian.
TEMPOH SINGKAT SELAMA DUA TAHUN
Walaupun tempoh dua tahun menjelang temasya itu "singkat" disebabkan skala acara itu, ia boleh dilakukan, jelas Profesor Lawrence Loh, pengarah Pusat Tadbir Urus dan Kemampanan di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Semua prasarana sudah siap. Kita mempunyai Hab Sukan Singapura, Stadium Nasional, Stadium Tertutup dan juga kemudahan sampingan," katanya.
Namun demikian, apabila ditanya mengenai kemungkinan bidaan bersama antara Singapura dengan Malaysia, yang disarankan sesetengah pakar, Prof Loh berkata bahawa tempoh dua tahun terlalu singkat bagi "rundingan serius antara negara".
Beliau mengatakan bahawa sekalipun Singapura tidak mempunyai prasarana yang diperlukan bagi sebilangan sukan, senarai sukan itu "masih boleh diubah", dan tuan rumah mempunyai pengaruh dalam bidang tersebut.
Pertimbangan utama dalam menerima undangan untuk menjadi tuan rumah adalah nilainya bagi wang, tetapi terdapat keperluan untuk meneliti aspek-aspek lain, kata Prof Loh.
Tambahnya, menjadi tuan rumah bagi Sukan itu akan menempatkan Singapura sebagai destinasi bagi acara bertaraf dunia di mata dunia.
Singapura dijangka menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Akuatik Dunia tahun depan, tetapi terlepas peluang untuk mengnjurkan Kejohanan Atletik Dunia bagi edisi 2025.
RANCAKKAN ARENA SUKAN TEMPATAN
Ia akan merancakkan sukan tempatan dari segi pendedahan antarabangsa, ujar Prof Loh. Ini memandangkan Singapura masih kekurangan peluang untuk menampilkan sukan berorientasi global di tanah air.
Encik Low bagaimanapun menerangkan bahawa mungkin terdapat ramai yang tidak begitu tahu mengenai Sukan Komanwel itu.
Presiden Persatuan Renang Singapura Mark Chay menarik perhatian bahawa Sukan itu boleh dianggap sebagai peluang untuk mempromosi Singapura sebagai satu destinasi elit.
"Kita bina semua prasarana bertaraf dunia, dan sudah tentu kita perlu menjadi tuan rumah bagi acara berkelas dunia," tekannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.