JDT sedia labur untuk perkukuh pasukan
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim sedia untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh pasukan Harimau Selatan itu, selepas tewas di tangan Buriram United 0-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 pada Selasa malam (11 Mac).
Pemilik JDT Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Pemilik JDT Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dalam satu catatan di laman X berkata pasukannya itu telah pun mengenal pasti beberapa kelemahan, selain sudah mempunyai perancangan baharu sejak beberapa bulan yang lepas untuk memperbaiki skuad berkenaan.
“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi JDT untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
“Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan,” katanya dalam catatan di wadah X pada Rabu (12 Mac).
Tunku Ismail berkata bahawa beliau mahu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan JDT malam semalam, selain bertekad meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia.
Kekalahan JDT di tangan Thailand Buriram United di Stadium di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa malam turut menyaksikan skuad Harimau Selatan itu gagal mara ke peringkat suku akhir ACLE 2024/25.
Keputusan itu bagaimanapun mengulangi pencapaian skuad Harimau Selatan yang dilakar pada saingan ACLE edisi 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.