Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

JDT julang Piala Liga Super kali ke-6 berturut-turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019, sekali gus melakar sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang berupaya memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1 pada Rabu malam (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
JDT julang Piala Liga Super kali ke-6 berturut-turut

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Jun 2019 08:51AM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 08:54AM

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019, sekali gus melakar sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang berupaya memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1 pada Rabu malam (26 Jun).

Kejayaan anak buah ketua jurulatih Benjamin Mora di Stadium Hang Jebat itu membolehkan JDT mengumpul 46 mata dan menamatkan perebutan takhta lebih awal dengan baki empat perlawanan liga.

Lebih manis lagi, kejayaan bersejarah skuad 'Harimau Selatan’ malam itu dilengkapi dengan rekod bersih tanpa kalah selepas merakamkan 14 kemenangan dalam 18 perlawanan.

Pencabar terdekat, Pahang yang mengumpul 30 mata selepas 17 perlawanan setakat ini terpaksa akur apabila tidak lagi mampu mencabar meskipun meraih mata penuh dalam baki lima perlawanan mereka musim ini.

Pada aksi Rabu malam, dua gol JDT dijaringkan Muhamad Nazmi Faiz Mansor seawal minit ketujuh sebelum penyerang import, Diogo Luis Santo menampilkan kemahiran mengawal bola yang baik untuk mencatat jaringan ke-10 peribadinya musim ini pada minit ke-27.

Sementara gol sagu hati pasukan tuan rumah dijaringkan kapten Muhammad Shukor Adan pada minit ke-84 selepas penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias gagal menepis kemas tendangan penalti N'Guessan Davy.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan