Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

JDT akan umum 3 pemain baru dari Sepanyol

Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baru dari Sepanyol bagi memperkuatkan skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baru dari Sepanyol bagi memperkuatkan skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

"Kami akan mengumumkan dua pemain baru esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Amiriah Arab Bersatu untuk pramusim.

"JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT hari ini (19 Jan).

Pada minggu lalu, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baru iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor Syahmi Safari.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan