Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

JDT akan tandatangani pemain serangan Argentina untuk Liga Malaysia 2021

Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkuatkan pasukan mereka sebagai persiapan Liga Malaysia 2021 (Liga-M), selepas pasukan itu dilaporkan akan menandatangani seorang penyerang Argentina Jonathan Herrera dari Premira B Nacional, Deportivo Riestra.

Anggaran Waktu Membaca:
JDT akan tandatangani pemain serangan Argentina untuk Liga Malaysia 2021

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 11:19PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 11:20PM

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkuatkan pasukan mereka sebagai persiapan Liga Malaysia 2021 (Liga-M), selepas pasukan itu dilaporkan akan menandatangani seorang penyerang Argentina Jonathan Herrera dari Premira B Nacional, Deportivo Riestra.

Primera B Nacional merupakan divisyen dua pertandingan Liga Bola Sepak Argentina.

Menurut laporan berita daripada Argentina (Instagram wartawan sukan TYC Cesar Luis Merlo) mendedahkan, yang agen Herrera sudah bersetuju dengan perjanjian verbal, bersama skuad Southern Tigers mengenai perkara tersebut.

Laporan itu juga mendakwa yang pemain bahagian serangan Argentina berusia 29 tahun itu, akan terbang ke Malaysia pada Sabtu dan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama JDT.

Sebelum ini pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan yang kelab itu sudah pun menandatangani penyerang Brazil Camilo Da Silva Sanvezzo dari kelab Liga Mexico, Tijuana dan juga pemain tengah kebangsaan Muhammad Daniel Amier Norhisham daripada Felda United.

Sementara itu beberapa laporan di Australia mendakwa yang JDT sudah bersetuju untuk meminjamkan dua pemain mereka iaitu pemain naturalisasi Malaysia Liridon Krasniqi dan juga pemain muda Indonesia Syahiran Abimanyu, kepada pasukan Liga Australia, Newcastle Jets.

Bagaimanapun wakil JDT ketika dihubungi Bernama hari ini, enggan mengulas kedua-dua laporan tersebut, namun menyatakan yang kelab itu akan membuat pengumuman dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan