Skip to main content

Sukan

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Indonesia intai peluang jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Indonesia intai peluang jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036

Gambar fail: Hafidz Mubarak A/Antara

JAKARTA: Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Indonesia (NOC Indonesia) akan terus meneroka peluang untuk negara itu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, tahun 2036 menjadi sasarannya.

Menurut Encik Raja Sapta Oktohari, Indonesia telah mendapat akses untuk memerhati secara langsung persediaan dan persiapan Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dari 26 Julai sehingga 11 Ogos ini.

Para pemerhati dari Indonesia terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam, dan NOC Indonesia.

Encik Raja yakin bahawa usaha itu akan membawa hasil yang positif.

Buat masa ini, sembilan atlit Indonesia sudah melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris, termasuk pelari pecut Lalu Muhammad Zohri dan pemanah Arif Dwi Pangestu.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita