Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jawatankuasa Olimpik China tawar vaksin COVID-19 bagi temasya Tokyo

Jawatankuasa Olimpik China telah menawarkan dos vaksin untuk peserta Sukan Olimpik Tokyo musim panas ini dan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 tahun depan, umum Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Khamis (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Olimpik China tawar vaksin COVID-19 bagi temasya Tokyo

(Gambar: REUTERS/Issei Kato/File Photo)

Diterbitkan : 11 Mar 2021 08:56PM Dikemas Kini : 11 Mar 2021 09:03PM

BERLIN: Jawatankuasa Olimpik China telah menawarkan dos vaksin untuk peserta Sukan Olimpik Tokyo musim panas ini dan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 tahun depan, umum Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Khamis (11 Mac).

Temasya Olimpik Tokyo, yang ditunda kerana pandemik koronavirus itu, adalah Sukan pertama di luar masa perang yang dibatalkan tetapi sudah dijadualkan semula pada 23 Jul hingga 8 Ogos.

Akibat kelewatan itu, Sukan Beijing kini akan bermula hanya sekitar enam bulan selepas Olimpik Tokyo.

"IOC telah menerima tawaran murah hati dari Jawatankuasa Olimpik China, tuan rumah Sukan Olimpik Beijing 2022, untuk menyediakan dos vaksin tambahan kepada peserta dalam kedua-dua edisi Sukan Olimpik, Tokyo 2020 dan Beijing 2022," kata Presiden IOC Thomas Bach dalam sesi maya badan Olimpik itu.

Beliau berkata demikian semasa pembentangan online oleh ketua Olimpik Tokyo baru Seiko Hashimoto, pembentangan pertamanya kepada IOC sejak mengambil alih tiga minggu lalu.

"Jawatankuasa Olimpik China siap bekerjasama dengan IOC untuk menyediakan dos tambahan ini ... baik melalui kerjasama dengan rakan antarabangsa atau secara langsung di negara-negara yang telah ada perjanjian menggunakan vaksin China," kata Encik Bach.

Sukan Tokyo akan diadakan di tengah-tengah langkah kesihatan yang ketat dan kemungkinan tiadanya penonton antarabangsa sementara IOC mendesak jawatankuasa-jawatankuasa Olimpik negara untuk memberi vaksin kepada para atlit.

"IOC akan membayar dos tambahan vaksin bukan sahaja bagi pasukan Olimpik tetapi juga Paralimpik," katanya lagi.

"Bagi setiap dos ini, IOC akan membayar dua dos tambahan yang dapat disediakan untuk penduduk di negara masing-masing."

Sebilangan besar warga Jepun tidak mahu pengunjung antarabangsa menghadiri Sukan Tokyo di tengah-tengah kebimbangan bahawa kemasukan besar pengunjung asing boleh mencetuskan kemunculan semula jangkitan COVID-19, menurut tinjauan akhbar Yomiuri baru-baru ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan