Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jasad bekas pemain Chelsea, Christian Atsu ditemui dalam runtuhan gempa Turki

Anggaran Waktu Membaca:
Jasad bekas pemain Chelsea, Christian Atsu ditemui dalam runtuhan gempa Turki

Gambar: Gettyimages

Diterbitkan : 18 Feb 2023 05:17PM Dikemas Kini : 19 Feb 2023 09:36AM
ANKARA: Pemain bola sepak warga Ghana, Christian Atsu, yang pernah menyarung jersi pasukan Liga Perdana England (EPL) Chelsea, ditemui mati di bawah runtuhan bangunan yang dihuninya di selatan Turki.

Ini menyusuli gempa bumi dahsyat yang melanda negara tersebut pada minggu lalu.

"Jasad Atsu ditemui terbujur di bawah runtuhan itu," kata Murat Uzunmehmet kepada para wartawan di Hatay, di mana mayat atlit berusia 31 tahun itu ditemui.

Lebih banyak barang milik Atsu kini dibawa keluar termasuk telefon bimbitnya yang turut ditemui.

Atsu dijadualkan terbang keluar dari selatan Turki beberapa jam sebelum gempa melanda.

Pengurus kelab bola sepak Hatayspor bagaimanapun menjelaskan pada Jumaat (17 Feb) bahawa mendiang Atsu memilih untuk terus menyarung jersi kelab tersebut selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Liga Bola Sepak Turki, Super Lig, pada 5 Februari lalu.

Mendiang terperangkap dalam gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter, yang menggegarkan Turki dan Syria pada 6 Februari lalu.

Bencana alam itu meragut lebih 43,000 nyawa di kedua-dua negara tersebut.

Laporan-laporan awal sebelum ini mendakwa Atsu berjaya diselamatkan sehari selepas gempa bumi melanda, tetapi laporan-laporan tersebut ternyata berita palsu.

Pemain tengah itu beraksi selama empat musim bersama Chelsea sebelum berpindah ke Newcastle United pada 2017. Beliau menandatangani kontrak dengan kelab Super Lig Turki, Hatayspor pada September lalu.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan