Skip to main content

Sukan

Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke perlawanan akhir EURO 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke perlawanan akhir EURO 2024

(Gambar: KENZO TRIBOUILLARD / AFP)

DORTMUND: Pasukan bola sepak England berjaya melangkah ke perlawanan akhir EURO 2024 selepas mengalahkan Belanda 2-1 di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi tadi (11 Jul), lapor Astro AWANI. 

Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan Xavi Simons seawal minit ke-7 dan Harry Kane menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-18.

Kedua-dua pasukan mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan dalam separuh masa kedua tetapi gagal membolosi gawang, menurut laporan Astro AWANI. 

Bukayo Saka berpeluang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 hasil hantaran cantik Kyle Walker.

Malangnya, Walker berada dalam kedudukan ofsaid, menurut rakaman VAR.

Jaringan minit akhir pemain gantian England, Ollie Watkins hasil umpanan Cole Palmer memastikan skuad The Three Lions melangkah ke perlawanan akhir EURO 2024, lapor Astro AWANI. 

Anak buah Gareth Southgate akan berdepan dengan Sepanyol dalam perlawanan peringkat akhir EURO 2024 pada Ahad (14 Jul).
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita