Skip to main content

Sukan

Jaringan kaki kanan Salah semakin 'berbisa'; 3 gol dalam 2 perlawanan

Penyerang Liverpool Mohamed Salah berkata latihan pada kaki kanannya sudah mula membuahkan hasil.

Anggaran Waktu Membaca:
Jaringan kaki kanan Salah semakin 'berbisa'; 3 gol dalam 2 perlawanan

Penyerang Liverpool Mohamed Salah. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Dec 2019 04:19PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 04:22PM

LONDON: Penyerang Liverpool Mohamed Salah berkata latihan pada kaki kanannya sudah mula membuahkan hasil.

Ini selepas penyerang Mesir itu berjaya menjaringkan dua gol menggunakan kaki kanannya dalam perlawanan menentang Watford pada Sabtu (14 Dis) yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 bagi Liverpool.

Dengan kemenangan semalam, Salah sudah berhasil menjaringkan tiga gol dalam masa seminggu.

Pemain berusia 27 tahun itu turut menjaringkan gol hebat semasa Liverpool menewaskan RB Salzburg 2-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu.

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan jaringan kaki kanan Salah sebagai satu gol yang 'sangat hebat' dalam perlawanan tersebut.

Salah memberitahu BT Sport: “Saya sentiasa berlatih menendang bola dan membuat rembatan menggunakan kaki kanan saya. Saya bertuah dapat menjaringkan gol pertama (semasa menentang Watford), ia adalah hasil serangan balas dan saya mendapat hantaran yang baik dan saya berpendapat kami menjaringkan gol pada masa yang tepat.”

Jaringan pertama Salah semalam adalah yang ketujuh dalam lima perlawanan liga menentang Watford.

Liverpool buat masa ini mendahului Liga Perdana England selepas mengumpul 49 mata daripada 17 perlawanan dan Klopp berkata beliau tetap berpuas hati dengan kemenangan itu meskipun Liverpool mempamerkan prestasi yang hambar secara keseluruhannya.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita