Skip to main content

Sukan

Jaringan hatrik penalti Carlos Soler tewaskan Madrid

 Real Madrid ditewaskan 4-1 di Valencia selepas Carlos Soler meledakkan jaringan hatrik penalti ke atas juara La Liga itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jaringan hatrik penalti Carlos Soler tewaskan Madrid

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2020 11:43AM Dikemas Kini : 09 Nov 2020 11:44AM

MADRID: Real Madrid ditewaskan 4-1 di Valencia selepas Carlos Soler meledakkan jaringan hatrik penalti ke atas juara La Liga itu.

Madrid mendahului perlawanan menerusi Karim Benzema tetapi memberikan empat gol mudah buat Valencia di Mestalla, termasuk tiga sepakan penalti dan satu gol sendiri Raphael Varane.

"Tidak ada alasan dan sebab munasabah. Ia permainan yang teruk dan hari yang mengecewakan," kata Zinedine Zidane.

Ini adalah kali pertama Madrid dibolosi empat gol sejak dibelasah 5-1 oleh Barcelona pada Oktober 2018.

Selepas kekalahan berturut-turut kepada Cadiz dan Shakhtar Donestsk bulan lalu, pasukan Zinedine Zidane seperti memperbaiki kelakonan dengan kemenangan ke atas Barca, Huesca dan Inter Milan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita