Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jangan sekat kebebasan wartawan di Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata AS kepada China

Amerika Syarikat pada Khamis (4 Nov) menggesa China agar tidak menyekat akses dan pergerakan wartawan yang membuat liputan di sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada tahun depan, lapor Reuters. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan sekat kebebasan wartawan di Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata AS kepada China

Gambar: Eugene Hoshiko/AP Photo

Diterbitkan : 05 Nov 2021 08:03AM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 08:04AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Khamis (4 Nov) menggesa China agar tidak menyekat akses dan pergerakan wartawan yang membuat liputan di sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada tahun depan, lapor Reuters.

Kelab Koresponden Asing China minggu ini menyatakan ia prihatin tentang kurangnya ketelusan daripada pihak penganjur sukan. Temasya sukan itu dijangka bermula pada Februari 2022.

"Kami menggesa pegawai PRC agar tidak membataskan kebebasan pergerakan dan akses bagi wartawan serta memastikan mereka terus selamat dan boleh membuat liputan secara bebas termasuk di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik," kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price di satu sidang media biasa, merujuk kepada China.

Para aktivis menggesa Washington agar memulaukan atau menghalang pegawainya daripada menghadiri sukan-sukan itu berikutan layanan China terhadap Uyghur dan kaum Muslim minoriti yang lain di bahagian barat laut negaranya, yang menurut AS, merupakan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Encik Price berkata beliau tidak ada maklumat terkini mengenai kedudukan AS dalam sukan itu. Pegawai AS sebelum ini berkata mereka akan berunding dengan sekutu-sekutunya berhubung perkara tersebut.

Semua peserta di kedua-dua sukan itu akan dikenakan syarat menjalani ujian COVID-19 setiap hari. Media antarabangsa akan dikawal dalam satu "gelung tertutup" termasuk tiga kelompok tempat - satu di pusat bandar Beijing, satu di kawasan berhampiran Tembok Besar dan satu lagi di barat laut bandar itu di wilayah Hebei.

Percubaan wartawan antarabangsa untuk membuat liputan mengenai persiapan temasya sukan itu "berterusan dihalang" kerana melanggar peraturan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan ikrar yang dibuat China apabila ia membida untuk menganjurkan temasya itu, menurut Kelab Koresponden Asing China di Twitter pada Selasa.

Para penganjur tidak membenarkan atau tidak mengendahkan permintaan bagi akses, menurut kelab yang berpangkalan itu Beijing itu, seperti dinukil Reuters. Ia berkongsi keterangan daripada anggota yang berkata mereka diganggu atau dianiaya kerana cuba untuk membuat liputan bebas mengenai persiapan Sukan-Sukan itu. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan