Jalil Elias pemain import termahal JDT
Pemain bola sepak dari Argentina, Jalil Elias, yang bernilai €3 juta (S$4.3 juta), kini adalah pemain import termahal Liga-M yang menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).
(Gambar: Facebook/JDT)
Pemain midfield yang pernah beraksi di kelab-kelab bola sepak utama Argentina, termasuk Newell's Old Boys dan San Lorenzo, ditampilkan pada Rabu (3 Jan) sebagai pemain import baharu pasukan JDT.
JDT percaya pemain berusia 28 tahun itu akan menguatkan lagi pasukan tersebut yang telah menjuarai Liga Super sebanyak 10 kali, yang berharap dapat mempamerkan prestasi yang hebat dalam Liga Juara-Juara AFC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.