Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jaguh badminton Malaysia Lee Chong Wei hidap barah hidung

Bintang badminton Malaysia Lee Chong Wei disahkan menghidap barah hidung peringkat awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2018 04:11PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 02:04PM

MALAYSIA: Bintang badminton Malaysia Lee Chong Wei disahkan menghidap barah hidung peringkat awal. Ini disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan pada Sabtu (22 Sep).

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu, kini sedang menjalani rawatan di Taiwan, kata Presiden BAM Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan itu.

Beliau menggesa orang ramai supaya menghormati privasi pemain badminton serta keluarganya, dan mengatakan bahawa persatuan itu akan menawarkan "apa jua sokongan yang diperlukan kepada legenda badminton kita".

Masalah kesihatan Lee mula menjadi tumpuan selepas pemain itu mengumumkan awal tahun ini keputusannya untuk menarik diri daripada dua kejohanan utama dunia.

Para doktor menasihati Lee agar berehat dan menjalani rawatan selepas mengalami masalah pernafasan, kata BAM pada Julai tahun ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan