Skip to main content

Sukan

Isteri Kobe Bryant luah kesedihan susuli nahas udara

Tiga hari selepas pemergian legenda bola keranjang Los Angeles Lakers, Kobe Bryant, anak perempuannya yang berusia 13 tahun dan tujuh lagi penumpang menyusuli kemalangan helikopter, isteri mendiang, Vanessa akhirnya bersuara di Instagram.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri Kobe Bryant luah kesedihan susuli nahas udara

Vanessa dan Kobe Bryant. (Gambar: Angela Weiss/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Jan 2020 03:38PM Dikemas Kini : 30 Jan 2020 03:40PM

REUTERS: Tiga hari selepas pemergian legenda bola keranjang Los Angeles Lakers, Kobe Bryant, anak perempuannya yang berusia 13 tahun dan tujuh lagi penumpang menyusuli kemalangan helikopter, isteri mendiang, Vanessa akhirnya bersuara di Instagram.

Beliau memuat naik catatan yang menggambarkan bahawa "hatinya hancur luluh" disebabkan kematian suami dan anaknya.

Catatan tersebut dimuat naik bersama gambar beliau, Kobe dan kempat-empat anak mereka - Gienna yang meninggal dunia, Natalia 17 tahun, Bianka 3 tahun dan Capri yang baru dilahirkan Jun tahun lalu.

Kobe Bryant dan anak kedua pasangan itu terbunuh Ahad lalu (26 Jan) ketika menaiki helikopter dalam perjalanan ke Akademi Sukan Mamba bagi kejohanan bola keranjang di tengah-tengah cuaca berkabus di bahagian berbukit di barat daya Los Angeles.

Juruterbang dan enam lagi penumpang juga terkorban. Punca kemalangan sedang disiasat.

"Saya dan anak-anak ingin mengucapkan terima kasih kepada berjuta-juta orang yang memberi sokongan sewaktu masa yang menyedihkan ini," tulis Vanessa Bryant, 37 tahun.

"Saya rasa tenang kerana saya tahu bahawa Kobe dan Gigi sangat disayangi ramai. Kami bersyukur dapat hidup bersama mereka. Saya hanya berharap mereka dapat hidup bersama kami buat selama-lamanya. Terlalu awal mereka diambil daripada kami." 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita