Skip to main content

Sukan

ISTAF tegaskan tiada kompromi jika enggan laksana sistem kiraan 15 mata mulai Feb 2024

Anggaran Waktu Membaca:
ISTAF tegaskan tiada kompromi jika enggan laksana sistem kiraan 15 mata mulai Feb 2024

Gambar hiasan: AFP/Ed Jones

Diterbitkan : 23 Dec 2023 10:18PM
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan bahawa ahli gabungan yang enggan menggunakan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa, bakal berdepan tindakan.

Setiausaha Agung ISTAF, Abdul Halim Kader berkata dalam satu kenyataan, badan induk antarabangsa berkenaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.

“Mana-mana pihak atau persatuan yang enggan menggunakan perubahan ini akan diberi amaran keras dan jika terus berdegil akan dinasihat. Namun, sekiranya ia berterusan (mereka) akan berdepan tindakan daripada ISTAF. 

“Semua pengadil ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ASTAF) juga diarahkan agar mematuhi peraturan baharu ini," katanya.

Menurut ISTAF, hal tersebut juga akan dimaklumkan kepada pihak penganjur Sukan SEA Thailand 2025 dan Sukan Asia Nagoya 2026.

Sementara itu, Encik Halim berkata bahawa perkara itu bahkan, dialu-alukan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Arab Saudi, Aljawharah Y. Fallatah.

Pada masa sama Encik Abdul Halim berkata: “Presiden Persekutuan Sepaktakraw Thailand, Thana Chaiprasit, dan jawatankuasa badan induk tersebut juga telah dimaklumkan pemangku presiden ISTAF, Boonchai Lorhpipat mengenai perubahan sistem kiraan mata tersebut.

“Thailand menerima perubahan menggunakan sistem kiraan 15 mata ini tanpa sebarang bantahan.”

ISTAF sebelum ini mewajibkan pelaksanaan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bermula 1 Februari tahun depan.
Sistem kiraan 15 mata diluluskan semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lalu menyaksikan pasukan terikat 14-14, regu pertama yang meraih mata ke-17 akan muncul pemenang.

Setiap regu juga kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga sebelum ini bagi semua pertandingan di dalam dan luar negara.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita