Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ISTAF perkenal sistem kiraan mata baharu berkuat kuasa Feb 2024

Anggaran Waktu Membaca:
ISTAF perkenal sistem kiraan mata baharu berkuat kuasa  Feb 2024

Abdul Halim Kader. (Gambar ihsan: Abdul Halim Kader)

Diterbitkan : 15 Sep 2023 02:12PM Dikemas Kini : 15 Sep 2023 02:14PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) meluluskan sistem kiraan baharu 15 mata setiap set, dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya, bagi semua kejohanan dan pertandingan sepak takraw berkuat kuasa 2 Feb 2024.

Setiausaha Agung ISTAF Abdul Halim Kader berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia Ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lepas.

“ISTAF memutuskan dan meluluskan penggunaan sistem pengiraan baharu yang akan dilaksanakan berkuat kuasa 2 Feb 2024 (selepas enam bulan dari tarikh kelulusan) untuk semua kejohanan sepak takraw.

“Ini bagi memberi masa yang cukup kepada pemain dan pasukan untuk menyesuaikan diri dan menerima pakai sistem baharu itu, untuk kekal berdaya saing di semua peringkat pertandingan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat (15 Sep).

Sementara itu Encik Abdul Halim yang juga presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), berkata ISTAF menolak penggunaan sistem baharu itu di Sukan Asia Hangzhou, kerana temasya sukan itu hanya tinggal 10 hari lagi untuk diadakan, menjadikan ia bagaikan tidak adil kepada pemain dan pasukan.

Beliau menambah semua perubahan besar dalam peraturan permainan sepak takraw hanya perlu diterima pakai selepas enam bulan dari penerimaan dan kelulusan cadangan.
 

Sumber : Bernama/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan