ISTAF gantung keanggotaan PERSES
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menggantung keanggotaan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES), disebabkan salah laku dalam pucuk kepimpinan PERSES.
Demikian menurut kenyataan media ISTAF yang dikeluarkan pada Selasa (28 Nov).
Tindakan tersebut diambil di Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF di Kuala Lumpur baru-baru ini pada Sabtu (4 Nov).
Presiden PERSES, Mohd Nasri Haron digantung daripada tugasnya selama 12 tahun manakala, Setiausaha Agungnya, Zahid Abdul Aziz berdepan dengan penggantungan tugas selama 7 tahun oleh pihak Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).
Penggantungan tugas yang dikuatkuasakan terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi badan itu dibuat selepas prosiding disiplin ASTAF yang dijalankan mendapati berlaku pelanggaran yang serius.
Menyusuli keputusan tersebut, PERSES mesti memastikan Presiden dan Setiausaha Agungnya mengosongkan pejabatnya dalam 90 hari atau berdepan dengan hukuman tambahan.
Kedua-dua Encik Mohd Nasri Haron dan Encik Zahid Abdul Aziz juga dilarang daripada menjawat sebarang peranan dalam Majlis atau Lembaga PERSES pada masa akan datang.
Pelibatan berterusan mereka dalam operasi kegiatan PERSES, termasuk penyertaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERSES pada 14 Oktober 2023, menunjukkan tindakan mereka yang tidak mengendahkan dasar-dasar pentadbiran ASTAF.
Tingkah laku tersebut melanggar beberapa artikel perlembagaan PERSES, sekali gus menjejas piawai tadbir urus dan integritinya.
Ini termasuk Artikel 21.3, yang tertera bahawa anggota Lembaga tidak boleh berdepan dengan penggantungan atau larangan daripada ISFA atau mana-mana badan penguasa pentadbir.
Dalam pada itu, tindakan kepimpinan PERSES jelas melanggar piawai tadbir urus serta integriti yang ditetapkan perlembagaan PERSES, ASTAF dan ISTAF.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.