ISTAF akan bentuk jawatankuasa khas dianggotai wakil dari Malaysia, SG bagi kendali sistem ranking
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: AFP/Ed Jones
SINGAPURA: Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan
menubuhkan jawatankuasa khas bersama dianggotai oleh wakil-wakil dari
Singapura dan Malaysia.
Ia adalah bagi tujuan memastikan mutu yang tinggi dalam acara-acara kejuaraan sepak takraw menyusuli perlaksanaan sistem ranking dunia tidak lama lagi.
Demikian menurut kenyataan ISTAF yang dikeluarkan pada Isnin (22 Jan).

Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Abdul Halim Kader berkata, penetapan tersebut penting bagi memastikan kejuaraan memenuhi standard pungutan mata seperti yang dilaksanakan badan induk sukan dunia lain.
Penetapan kejuaraan dalam memastikan mata untuk sistem ranking dunia bukan sahaja memenuhi mutu, bahkan piawaian yang ditetapkan ISTAF, tambahnya.
Encik Abdul Halim yang juga menyandang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dari Singapura, menjelaskan bahawa tidak semua pertandingan sepak takraw anjuran ahli gabungan ISTAF dan ASTAF akan mendapat mata bagi sistem ranking dunia.
Sementara itu, para wakil dari Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Brunei, Arab Saudi, Iran, Pakistan, India dan Filipina pula akan memainkan peranan dalam meneliti dan menilai butiran pelaksanaan tersebut yang sesuai diberikan mata untuk sistem ranking dunia.
Encik Abdul Halim sebelum ini menegaskan prestasi acara regu berpasukan menjadi asas utama untuk menentukan cadangan sistem ranking dunia dalam sepak takraw.
Katanya, sistem ranking dunia sukan itu akan merujuk keputusan perlawanan dengan pasukan paling berjaya diletakkan pada kedudukan tertinggi acara berpasukan lelaki.
"Secara khusus, ranking acara berpasukan negara akan menjadi hanya acara yang tertakluk kepada ranking dunia dengan hanya pasukan kebangsaan yang akan termasuk dalam sistem ranking dunia," jelasnya.
Sesebuah negara yang menyertai kejohanan utama dalam acara berpasukan akan mendapat dua mata untuk penyertaan. Tiga mata pula akan diberikan bagi setiap kemenangan yang diperolehi. Manakala, satu mata akan ditolak bagi setiap kali negara itu menarik diri daripada pertandingan.
"Negara-negara yang menyertai pertandingan jemputan yang diiktiraf ISTAF dalam acara berpasukan akan juga mendapat satu mata untuk penyertaan, dua mata untuk setiap kemenangan," kata Encik Halim.
"Walaupun begitu, ISTAF akan mendapatkan pandangan dan cadangan menambah baik pelaksanaan ranking dunia untuk sepak takraw sebelum ia dilaksanakan."
Acara kejuaraan di bawah kendalian ISTAF termasuk Kejohanan Sepaktakraw Sedunia, Kejohanan Sepaktakraw Antarabangsa, Sepaktakraw Antarabangsa Piala Dunia dan Piala Raja-Raja Sepaktakraw Antarabangsa.
Sementara itu, Piala Asia, Sukan Asia, Sukan SEA, Kejohanan Sepak Takraw Asia, merupakan antara acara kejuaraan yang dikendalikan oleh ASTAF.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.