Skip to main content

Sukan

Irfan Fandi tarik diri daripada skuad Singa bagi perlawanan persahabatan akan datang

Anggaran Waktu Membaca:
Irfan Fandi tarik diri daripada skuad Singa bagi perlawanan persahabatan akan datang

(Gambar: FAS)

Diterbitkan : 20 Mar 2023 10:19PM Dikemas Kini : 20 Mar 2023 10:56PM
SINGAPURA: Pemain pertahanan Singapura Irfan Fandi menarik diri daripada menyertai skuad bola sepak negara bagi perlawanan persahabatan akan datang disebabkan hal peribadi berkaitan dengan komitmen kelab.

Demikian menurut Pertubuhan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin (20 Mac).

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu, yang menyarung jersi skuad Thailand BG Pathum United, tidak akan turun padang dalam perlawanan Singapura menentang Hong Kong pada 23 Mac serta perlawanan dengan Macao pada 26 Mac.

Skuad bola sepak negara sudah berangkat ke Hong Kong pada Isnin.

Jurulatih pasukan bola sepak negara Singapura Takayuki Nishigaya berkata bahawa tempat Irfan tidak akan digantikan. Sebaliknya, beliau menekankan bahawa ini adalah peluang bagi pemain-pemain lain untuk tampil menonjolkan prestasi mereka.

"Tumpuan kami sepenuhnya adalah kepada pemain-pemain yang bersama-sama kami sedang kami menantikan kedua-dua perlawanan tersebut minggu ini," kata Encik Nishigaya.

Irfan, yang sudah 46 kali menyarung jersi pasukan negara, disenaraikan dalam skuad asal seramai 22 pemain bagi perlawanan persahabatan tersebut. Ini termasuk lima pemain yang berpotensi membuat kemunculan sulung mereka.

Adik-beradiknya, Ilhan dan Ikhsan, juga tidak akan bermain dalam perlawanan-perlawanan tersebut disebabkan kecederaan mereka.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita