Inter Milan tersingkir dari Liga Juara-Juara
Inter Milan tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut pada Rabu (9 Dis) selepas seri tanpa jaringan berdepan Shakhtar Donetsk di San Siro.
(Gambar: AFP)
MILAN: Inter Milan tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut pada Rabu (9 Dis) selepas seri tanpa jaringan berdepan Shakhtar Donetsk di San Siro.
Pasukan kendalian Antonio Conte perlu menang untuk mara ke kelompok 16 terakhir bersama kelab Sepanyol, Real Madrid.
Bagaimanapun kelab Itali itu menamatkan perlawanan di tangga terbawah kumpulan dengan hanya satu kemenangan apabila mencatat kejayaan 3-2 mengatasi Borussia Moenchengladbach minggu lalu selain seri tanpa jaringan di Ukraine.
Real Madrid mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan B selepas menang 2-0 mengatasi Borussia Moenchengladbach dengan kelab Jerman itu juga mara ke tangga kedua.
Inter Milan, yang menang kejuaraan terakhir daripada tiga gelaran Liga Juara-Juara pada 2010, gagal mara ke pusingan kalah mati sejak musim 2011-2012.
Kelab Ukraine itu yang juga tersingkir, menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan dan kini akan beraksi dalam Liga Europa manakala perjalanan Inter Milan berakhir.
Pasukan kendalian Conte menjadi pasukan tunggal dari Itali yang gagal mencalonkan diri di kelompok 16 terahir dengan Juventus, Atalanta dan Lazio semuanya mara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.